Sunday 22 December 2013

oh mawarku....

Assalamualaikum...
malam ini rasanya susah nak tidurlah.... Maka, aku pun buat keputusan nak update citer fasal laman  aku... Cuti sekolah ni, hajatnya nak upgrade laman aku tu... nak tanam rumputlah...nak letak stepping stone lah... nak tanam sayurlah dan banyak lagi hajat nak dilaksanakan.... tapi, semuanya tertangguh.
Allaaa...takkan korang tak tau fasal wilayah pahang teruk dilanda banjir baru baru ini? Tempat aku tak adalah sampai banjir, cuma hujan turun tak berhenti berhari-hari dengan lebat... Jadi, projek taman aku cuma dilaksanakan kat atas katil ajele... Zzzzzzz, ngap-NGAP! MENDAP DEPAN TV.  
Bagaimanapun, hari ini, hatiku berbunga-bunga... kembang kempis hidung aku bila tengok pokok mawar kesayanganku berkembangan.... syantekkkk... Hui, berbaloi membelainya setiap hari... Nanti, kalau ada masa, aku nak cuba cari benih mawar yang berlainan warna pulak.... Mesti, bervariasi jadinya nanti... Petang ni, aku pun cubalah petik sekuntum, seduhkan bersama teh... ehm... mengikut cakap nyonya kat nursery ari tu, banyak khasiatnya... Walla! Puas hati dengan rasa teh perisa mawar. Lagi sekuntum, aku petik letak dalam botol dan letak kat bilik tidur... Wah! Cik abang kata harummmmm bilik kami...ehehehe....
 Tak sabar pulak nak tunggu lagi 8KUNTUM MAWAR YANG BAKAL BERKEMBANGAN TU???? Inilah aktiviti aku setiap pagi, asyik dok kira kudup mawar...seronot tau.....

Friday 20 December 2013

arnab jiranku memang nak kena gulai. habis pokok kesayanganku digigitnya... tolonglah kurungggggg!

delimaku sayang

assalamualaikum. ini adalah catatan sulungku dalam blog ini. kononnya nak jadi blogger. kat sini aku kan menulis yaang berkaitan dengan minat ku....bertamn... last week, dah beli anak pokok delima. hajatnya nak dijdikan penyeri lmn rumhku... tapi, sampai sekarang belum ditanam... semuanya kerana tubuh yang tidak sihat... takpe, takkan lari delim dikejr. nanti, kalau dah tanam, akan aku postkat sini